Kepada semua guru, selamat menyiapkan RPT untuk Tahun 2013.
Ahad, 9 Disember 2012
Rabu, 16 Februari 2011
Matlamat Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah
Sedarkah kita sebagai seorang Guru Bahasa Melayu kita perlu tahu matlamat dan objektif p&p subjek yang kita ajar?.
Matlamat Pembelajaran dan Pengajaran subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah:
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.
Matlamat Pembelajaran dan Pengajaran subjek Bahasa Melayu Sekolah Menengah:
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian
Isnin, 14 Februari 2011
Ahad, 23 Januari 2011
Isnin, 4 Oktober 2010
Isu Imbuhan Bahasa Malaysia
Salam untuk semua, ketika menggunakan imbuhan awalan memper... dan akhiran kan/i, kita sering terkeliru. Penggunaan perkataan 'memperoleh' dan 'memperolehi' sering kali membuatkan pengguna buntu, dan akhirnya menggunakannya mengikut kehendak hati tanpa mengkaji terlebih dahulu. Natijahnya, lahirlah perkataan-perkataan yang tiada dalam Kamus Dewan. Jika perkara ini berterusan, usaha untuk Memartabatkan Bahasa Malaysia, pasti akan menghadapi kecelaruan.
Terdapat perbezaan yang jelas antara penggunaan imbuhan awalan 'memper...' dan apitan 'memper...kan'. imbuhan awalan 'memper...' berfungsi membentuk kata kerja transitif daripada kata-kata lain. Contohnya, alat (KN) kepada memperalat, besar (KA) kepada memperbesar, oleh (KS) kepada memperoleh.
Apitan memper..kan pula bertugas untuk membentuk kata kerja transitif yang berasal daripada kata kerja tak transitif. Contohnya, 'berbahas' kepada 'memperbahaskan', 'berkata' kepada 'memperkatakan'.
Sekian terima kasih.

Rabu, 29 September 2010
Bahasa Pada Papan Iklan
Daripada enam papan iklan, hanya satu yang menggunakan bahasa Malaysia, satu lagi bahasa Malaysia yang telah dicemar. Papan iklan yang lain seolah-olah bukan untuk rakyat Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)